Rusia mengecam serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh kumpulan yang disifatkan Rusia sebagai 'pengganas' di pangkalan udara Hemeimeem, Syria pada Khamis.

Walaupun arahan pulang telah dikeluarkan Presiden Vladimir Putin bulan lalu namun masih terdapat pasukan tentera Rusia berada di pangkalan udara terbabit.

Jurucakap kerajaan Rusia, Maria Zakharova berkata Moscow memandang serius serangan tersebut dan memaklumkan kejayaan memintas salah sebuah peluru berpandu yang dilancarkan.

"Pada 27 Disember, 'pengganas' telah melancarkan beberapa peluru berpandu dari perkampungan Bdama di lapangan terbang antarabangsa Latakia dan di pangkalan udara Rusia di Hemeimeem.

"Dua daripadanya telah berjaya dihalang oleh sistem anti-pesawat Rusia di Pantsir, hingga menyimpang dari laluan dan jatuh di wilayah Jableh," jelasnya.

Tambahnya anggota tentera Rusia yang berada di pangkalan terbabit selamat serta dilindungi oleh sistem pertahanan anti-pesawat pelbagai peringkat.

Namun apa yang merisaukan Rusia adalah pengganas saban hari semakin mudah mendapatkan senjata canggih bagi melancarkan serangan, sekali gus timbul persoalan siapakah yang menyalurkan senjata terbabit kepada mereka.