Polis Kuwait telah menahan lima suspek militan Daish, termasuk seorang rakyatnya berusia 18 tahun yang merancang untuk meletupkan sebuah masjid Syiah.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Kuwait, pemuda itu mengaku merancang untuk membuat serangan tersebut dan juga merancang memakai vest bunuh diri.

Satu serangan oleh Daish terhadap sebuah masjid Syiah di Kuwait pada Jun tahun lalu telah mengorbankan 27 orang.

Selain itu, polis turut menahan seorang ibu berusia 52 tahun dan anaknya kerana membantu pengikut Daish di Syria.

Menurut polis, mereka juga telah menahan dua lagi rakyat Kuwait kerana memiliki senjata api dan bendera hitam Daish.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri Kuwait tidak memaklumkan bila penangkapan telah dibuat.