awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis

Agensi
Agensi
13/11/2020
22:53 MYT
EU pertimbang langkah baharu tangani ekstremis
Blok itu masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan dalam memastikan pemeriksaan lebih ketat di sempadan. -Reuters
MENTERI-menteri dalam negera Kesatuan Eropah (EU) mempertimbangkan langkah-langkah baharu untuk menentang serangan ekstemis.
Ini susulan siri pembunuhan di Austria dan Perancis dalam beberapa minggu terakhir oleh pengganas yang dikaitkan dengan militan Daish.
Austria dan Perancis mahu rakan mereka bersetuju untuk memperketatkan kawalan sempadan Eropah dan menangani kandungan propaganda keganasan dengan lebih baik dalam talian.
Dalam masa yang sama kedua-dua negara itu menggesa pemantauan atau penahanan militan yang kembali ke negara-negara EU, berada di penjara, atau di mana-mana.
Pesuruhjaya Hal Ehwal Dalam Negeri EU, Ylva Johansson berkata blok itu masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan dalam memastikan pemeriksaan lebih ketat di sempadan.
"Pastikan kita melakukan pemeriksaan sistematik di sempadan luar.
"Dalam kajian yang dilakukan Frontex tahun lalu, 22 peratus mereka yang memasuki kawasan Schengen tidak diperiksa melalui sistem maklumat Schengen. Jadi di sini jelas ada ruang untuk penambahbaikan.
"Tetapi yang paling penting kita perlu memastikan bahawa negara anggota membuat komitmen baharu untuk bekerjasama dalam berkongsi maklumat dan berkongsi maklumat yang lebih baik," kata Johansson.
Mereka bertemu secara maya pada Jumaat, lima tahun selepas peristiwa berdarah di Paris yang membunuh 130 mangsa.
Keganasan itu dikaitkan dengan angkara didalangi militan Daish.
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#serangan
#EU
#Paris
#militan
#daish
#pengganas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan