Lapan artis termasuk penghibur popular, Pretty Asmara, ditahan dalam serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah bilik dan bilik karaoke di sebuah hotel di sini, malam tadi ketika asyik berpesta dadah.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Argo Yuwono dipetik oleh media dalam talian berkata, kesemua artis terbabit ditahan ketika menyertai satu pesta dadah anjuran mereka.
Katanya, bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah.
Polis menjumpai 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel serta merampas 1.12 gram sabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 dalam bilik karaoke tempat artis itu sedang berkumpul.
Argo berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu.
Katanya, selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (kira-kira RM7,500), dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.
Penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis Indonesia dilaporkan semakin berleluasa dan beberapa artis popular sebelum ini juga pernah ditahan kerana terbabit kes seumpama itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
Bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah. - Gambar hiasan (Freeimages.com / Chrisss s)
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Krisdayanti suntik DNA ikan salmon untuk awet muda
KD memberitahu rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.
500 artis popular Indonesia sertai kempen terakhir Jokowi
Antaranya adalah artis "A-list" Indonesia termasuk kumpulan Slank, Harvey Malaiholo, Glenn Fredly, Tompi, Sandy Sandoro.
Tahniah! Acha Septriasa bersalin anak perempuan
Pelakon dan penyanyi Indonesia, Acha Septriasa telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya iaitu seorang bayi perempuan.