BEKAS perisik Rusia, Sergei Skripal dan anak perempuannya, Yulia dilaporkan berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden cubaan membunuh mereka menggunakan bahan kimia agen saraf pada 4 Mac lalu.

Pakar telah mengenal pasti bahan kimia yang digunakan iaitu Novichok, sejenis serbuk dan gas yang cenderung menjadi cecair yang boleh meresap melalui kulit.

Berikut adalah lima fakta yang perlu anda ketahui mengenai racun ini.

1) Bahan kimia bertoksik ini boleh menghentikan sistem saraf serta fungsi badan dan berpotensi membunuh seseorang dalam masa beberapa minit.

2) Bahan kimia yang mengandungi cecair 'acetylcholine' dalam Novichok ini juga boleh menyebabkan neuromuscular menjadi kecut dan menjadi faktor keseluruhan otot menjadi kejang.

3) Bahan kimia dalam agen itu juga menyebabkan fungsi jantung terhenti dan lemas apabila paru-paru mangsa dipenuhi cecair berlebihan.

4) Agen berbahaya itu juga menyebabkan kemudaratan hati oleh toksin hepatitis sehingga menyebabkan sirosis dalam organ hati, epilepsi, kemurungan yang teruk, dan otak yang tidak berfungsi secara normal.

5) Ia juga pernah digunakan sebelum ini oleh sekumpulan agen saraf Kesatuan Soviet sekitar 1970-an dan 1980-an.

Terdahulu, dua kes dilaporkan melibatkan penggunaan bahan kimia berbahaya ini iaitu kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan kes cubaan bunuh bekas perisik Rusia.

BACA: Polis UK sahkan bekas perisik Rusia diracun dengan agen saraf

BACA: Bekas perisik dan anak diracun, kes mirip Kim Jong-nam