Demi menyelamatkan golongan gelandangan tempatan, sebuah masjid di Ireland membenarkan mereka menumpang di sana sementara ribut salji melanda negara tersebut.
Masjid Clonskeagh menawarkan bukan sahaja tempat tinggal tetapi juga makanan serta tilam galas (sleeping bag).
Ketua Jabatan Kebajikan Komuniti, Summayah Kenna berkata pihaknya bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Dublin dan organisasi pejuang gelandangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut.
"Kami akan wujudkan pasukan keselamatan pada waktu malam dan pasukan penyelenggara bagi memastikan bangunan ini cukup panas, terutamanya pada waktu malam," katanya kepada media tempatan 98fm seperti dilaporkan Metro.co.uk.
Ini bukan kali pertama masjid tersebut, yang turut dikenali sebagai Pusat Kebudayaan Islam Ireland, membantu orang ramai.
Pada November tahun lepas, mereka turut menawarkan bangunan tersebut untuk ditumpang pihak yang memerlukan ketika Ribut Ophelia melanda.
Agensi
Sat Mar 03 2018
Masjid Clonskeagh di Dublin membuka pintu untuk membantu orang ramai berlindung dari ribut salji yang kini melanda Ireland. - Google Maps
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Resipi Nasi Lemak Bunga Telang rangkul emas, julang nama chef Malaysia di Ireland!
MALAYSIA sekali lagi berada di pentas dunia apabila seorang chef muda Malaysia meraih pingat emas dalam sebuah pertandingan masakan di Dublin, Ireland.
Muhammad Shah menang gangsa acara keirin di Dublin
Walaupun terpaksa menunggu seharian dalam keadaan hujan dan cuaca sejuk, beliau mengelakkan pasukan negara pulang dengan tangan kosong.
#MataKantaAWANI: Hamparan luas
Taman negara di kawasan pergunungan ini menjadi tarikan alam popular bagi sesiapa yang mengunjungi Dublin, Ireland.