Switzerland mengeluarkan larangan merebus atau memasak udang kara bernyawa dan larangan berkuat kuasa serta-merta minggu lalu.

Udang kara dan haiwan-haiwan lain yang kaya dengan krustacea di negara itu tidak lagi dibenarkan diperlaku sedemikian selagi ia tidak dimatikan terlebih dahulu.

Ia susulan laporan pencinta haiwan yang menyatakan bahawa udang kara mempunyai perasaan dan ia merasai kesakitan ketika direbus atau dimasak hidup-hidup.

Minggu lalu Mahkamah Persekutuan Switzerland meluluskan undang-undang bagi melindungi haiwan terbabit sebagai sebahagian daripada perubahan peraturan umum mengenai cara menangani haiwan.

Mengikut undang-undang terbabit, penyembelihan haiwan itu perlu dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan dilakukan melalui dua cara iaitu direnjat dengan elektrik atau memukul haiwan sehingga mati terlebih dahulu.

Switzerland merupakan negara dunia pertama yang menerapkan undnag-undang perlindungan haiwan sejak 1967.

Antara haiwan yang diberi perlindungan adalah seperti katak, ayam dan beberapa produk ternakan.