Abu mendiang bekas Presiden Cuba, Fidel Castro disemadikan hari ini (8 malam waktu Malaysia) di Santiago de Cuba iaitu tempat perjuangan revolusi Cuba bermula pada 1959.
Duta Besar Cuba ke Malaysia Ibete Fernandez berkata abu Castro tiba di Santiago (de Cuba) selepas perjalanan "pulang" selama empat hari dari Havana dan disambut oleh sebilangan besar rakyat Cuba di Dataran Revolusi Antonio Maceo.
"Pada 1959, beliau berarak di laluan yang sama, iaitu dari Santiago de Cuba ke Havana. Hanya kali ini, beliau kembali ke Santiago de Cuba untuk disemadikan. Laluan itulah yang digunakan Castro untuk membangkitkan semangat revolusi dan kebebasan kepada rakyat di seluruh negara.
"Idea-idea beliau akan "hidup" selama-lamanya. Kami amat berdukacita dan sedih tetapi ia adalah perkara biasa kerana Fidel adalah seorang tokoh bapa kepada rakyat Cuba," katanya kepada Bernama selepas berakhirnya upacara menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Cuba di sini hari ini.
Upacara itu, yang dihadiri oleh Duta dari Equador, Venezuela, Vietnam, Namibia dan Pesuruhjaya Tinggi dari Afrika Selatan, menandakan berakhirnya tempoh berkabung di Cuba.
"Saya ingin melahirkan penghargaan saya kepada negara-negara sahabat baik Cuba yang hadir hari ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden itu.
"Cuba amat berterima kasih atas semua manifestasi perpaduan dan sokongan yang diterima bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga dari rakyat biasa," kata beliau.
Beliau juga memetik pengumuman Presiden Cuba Raul Castro di dataran itu, dengan menyatakan bahawa Castro tidak mahu apa-apa pun, termasuk institusi, jalan, bangunan atau tugu dinamakan sempena nama beliau.
"Beliau hanya mahu dikenang sebagai Fidel Castro yang membawa kemenangan dan mempertahankan maruah negara ini, dan tidak lebih daripada itu," kata beliau.
Fidel Castro, ahli politik dan tokoh revolusi yang memimpin Cuba selama 47 tahun dari 1959 hingga 2006, meninggal dunia pada 25 Nov (Jumaat) ketika berusia 90 tahun.
Kerajaan Cuba mengumumkan pada hari berikut bahawa abu mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Santa Ifigeria di Santiago de Cuba hari ini. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 04 2016
Abu Castro tiba di Santiago (de Cuba) selepas perjalanan "pulang" selama empat hari dari Havana dan disambut oleh sebilangan besar rakyat Cuba di Dataran Revolusi Antonio Maceo. - AFP PHOTO / JUAN BARRETO
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Jenazah penerima hati Mohd Afiq disemadi di Kampung Masjid Tikam Batu
Turut mengiringi jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad sehingga ke liang lahad ialah penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.
Mendiang Fidel Castro disemadi
Abu mendiang bekas Presiden Cuba, Fidel Castro akan disemadikan hari ini (8 malam waktu Malaysia) di Santiago de Cuba iaitu tempat perjuangan revolusi Cuba bermula pada 1959.