PARIS:Seorang paderi ditembak di luar gereja di Lyon, Perancis pada Sabtu.

Mangsa ditembak di bahagian perut dan kini menerima rawatan di hospital.

Insiden berlaku dua hari selepas serangan di gereja katolik di bandar Nice yang membunuh tiga mangsa.

Suspek dipercayai bertindak seorang diri dan menggunakan senapang memburu.

Polis dalam pada itu telah menahan seorang suspek namun tidak dapat dipastikan dia pelaku yang diburu.

Motif serangan masih dalam siasatan.