Berita  | Dunia

Pedofil British, Richard Huckle, akhirnya mati ditikam di penjara

Pedofil British, Richard Huckle, akhirnya mati ditikam di penjara
Huckle ditemui mati dalam kurungan penjara Full Sutton, East Yorks. - Gambar fail
PEDOFIL Britain yang kisahnya paling diingati kerana melibatkan rangkaian salah laku menjijikkan di Malaysia dan negara serantau, Richard Huckle, ditemui maut ditikam di dalam penjara.

Bekas guru bahasa Inggeris itu sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan melakukan pencabulan ke atas ratusan kanak-kanak di seluruh dunia, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di dalam kurungannya di penjara Full Sutton, East Yorkshire, England, pada Ahad.

Seorang banduan telah ditahan oleh pihak polis dalam siasatan kes pembunuhan.

Portal berita The Sun yang memetik sumber melaporkan: “Kelihatan Huckle seperti ditikam dengan pisau buatan sendiri. Belum pasti sama ada senjata itu sudah ditemui.”

Huckle, 33, mengaku bersalah atas  71 dakwaan pencabulan seksual ke atas 200 kanak-kanak di seluruh Malaysia selama sembilan tahun, dengan beberapa mangsa seawal usia 6 bulan.

Pada Jun 2016, dia dijatuhkan 22 hukuman penjara seumur hidup. Bagaimanapun, itu bermakna, dia akan dibebaskan ketika usianya sekitar 50-an, kerana hukuman itu hanya menegnakan tempoh penjara minumum 25 tahun.

Huckle dilapor telah mencabul sehingga 200 kanak-kanak, kebanyakannya daripada komuniti miskin di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.

Penyiasat menjumpai lebih 20,000 gambar dan video lucah Huckle melakukan serangan seksual terhadap mangsa kanak-kanak terbabit.

Rakaman itu kemudian dikongsi Huckle bersama pedofil lain di laman web tersembunyi atau dark web.


Artikel berkaitan:

BACA: Richard Huckle dijatuhi hukuman penjara seumur hidup

BACA: PDRM cari rakan subahat Richard Huckle 

BACA: Kementerian akan adakan program komuniti di kawasan mangsa pedofil

BACA: Mangsa pedofil Richard Huckle 'disembunyikan', ketua komuniti berdiam diri





Tag: pedofil, richard huckle, pedofil british, serangan seksual, maut ditikam, full sutton



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.