Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan gaya hidup yang teratur dan bersih baru-baru ini dicemari dengan insiden yang kurang enak apabila seorang pemandu kereta api nekad untuk kencing di landasan.

Justeru itu, pengendali kereta api itu, JR East membuat permohonan maaf melalui media Jepun.

Kejadian yang berlaku pada Isnin lepas melibatkan seorang pemandu dalam lingkungan 50-an yang mahu ke tandas apabila kereta api tiba di stesen Sakura di Chiba, lapor stesen penyiaran NHK dan akhbar Asahi Shimbun pada Jumaat.

Beliau kemudian membuka pintu kabin dan terus kencing di landasan sebelum tren berlepas semula kerana beliau tidak mahu kelewatan berlaku jika beliau menggunakan tandas.

Syarikat berkenaan menerima laporan daripada beberapa saksi dan mendakwa ia telah memberi arahan agar pemandu itu ke tandas.

Menurut NHK, Ia tidak menjelaskan jika pemandu itu akan menerima hukuman atas tindakannya itu.

“Kami memohon maaf kepada para penumpang yang merasa jijik dan kurang selesa dengan insiden ini.

“Kami memandang kes ini dengan serius dan akan memberikan arahan yang jelas agar insiden berkenaan tidak berulang lagi,” kata syarikat itu, memetik laporan NHK.