awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta api kencing di landasan, warga Jepun berang

Agensi
Agensi
18/09/2016
10:49 MYT
Pemandu kereta api kencing di landasan, warga Jepun berang
Kejadian yang berlaku pada Isnin lepas melibatkan seorang pemandu dalam lingkungan 50an yang mahu ke tandas apabila kereta api tiba di stesen Sakura. - Gambar fail
Jepun, sebuah negara yang terkenal dengan gaya hidup yang teratur dan bersih baru-baru ini dicemari dengan insiden yang kurang enak apabila seorang pemandu kereta api nekad untuk kencing di landasan.
Justeru itu, pengendali kereta api itu, JR East membuat permohonan maaf melalui media Jepun.
Kejadian yang berlaku pada Isnin lepas melibatkan seorang pemandu dalam lingkungan 50-an yang mahu ke tandas apabila kereta api tiba di stesen Sakura di Chiba, lapor stesen penyiaran NHK dan akhbar Asahi Shimbun pada Jumaat.
Beliau kemudian membuka pintu kabin dan terus kencing di landasan sebelum tren berlepas semula kerana beliau tidak mahu kelewatan berlaku jika beliau menggunakan tandas.
Syarikat berkenaan menerima laporan daripada beberapa saksi dan mendakwa ia telah memberi arahan agar pemandu itu ke tandas.
Menurut NHK, Ia tidak menjelaskan jika pemandu itu akan menerima hukuman atas tindakannya itu.
“Kami memohon maaf kepada para penumpang yang merasa jijik dan kurang selesa dengan insiden ini.
“Kami memandang kes ini dengan serius dan akan memberikan arahan yang jelas agar insiden berkenaan tidak berulang lagi,” kata syarikat itu, memetik laporan NHK.
Topic Berkaitan
#JR East
#kereta api Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan