Polis Nashville berjaya menahan seorang lelaki yang melepaskan tembakan secara rambang sehingga menyebabkan empat terbunuh di restoran Waffle House pada Ahad.
Lapor Reuters, tangkapan berjaya dilakukan 36 jam selepas foto suspek yang dikenal pasti sebagai Travis Reiking, 29 tahun, diedarkan pihak polis.
Menurut polis, tembakan yang dilepaskan mengejutkan penduduk tempatan, namun tiada motif khusus dikenal pasti.
Sementara itu, lebih 150 anggota pasukan keselamatan telah menjalankan operasi pencarian suspek yang dipercayai mempunyai rekod kes lampau pada 2017.
Dalam pada itu, penduduk tempatan meluahkan rasa lega apabila Travis telah berjaya ditahan oleh pihak polis kerana tindakannya mengganggu kententeraman awam.
Terdahulu, Travis dikatakan menanggalkan kotnya dan berada dalam keadaan bogel sebelum melepaskan tembakan menggunakan senjata dipercayai raifal jenis AR-15.
BACA: Lelaki berbogel sebelum tembak mati 4 pelanggan restoran
Seorang pelanggan di restoran itu cuba merampas senjata suspek namun gagal.
Agensi
Tue Apr 24 2018
Tangkapan berjaya dilakukan 36 jam selepas foto suspek yang dikenal pasti sebagai Travis Reiking, 29 tahun diwartakan pihak polis. Foto: Reuters
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penembak bogel di Nashville berjaya ditahan
Polis Nashville berjaya menahan seorang lelaki yang melepaskan tembakan secara rambang sehingga menyebabkan empat terbunuh di restoran Waffle House pada Ahad.