PENYAMPAI berita yang secara tidak sengaja 'berangan' semasa berita sedang disiarkan, dilaporkan telah diarahkan agar tidak muncul dalam mana-mana siaran berita dalam masa terdekat.
Dalam satu video siaran berita yang tular, Natasha Exelby, penyampai di saluran ABC24 di Australia, dilihat sedang bermain dengan pen dan terkejut apabila menyedari dia sedang on-air (ke udara).
Insiden itu menyebabkan ramai rakan penyampai berita, khususnya di Australia, untuk membuat pengakuan bahawa apa yang terjadi adalah perkara biasa dan pernah dialami hampir kesemua mereka.
Tindakan saluran itu yang menggantung Exelby daripada tugasan membaca berita dianggap ramai sebagai keterlaluan kerana ia kesilapan yang tidak disengajakan.
Bagaimanapun, seorang jurucakap saluran ABC memberitahu The Daily Telegraph, Exelby sebenarnya bukan penyampai berita tetap di situ, sebaliknya seorang penyampai bebas, di mana dia akan dipanggil apabila diperlukan.
Justeru, biarpun tidak membaca berita, Exelby tetap akan menjalankan tugasan-tugasan lain seperti yang dikehendaki pengurusan saluran terbabit.
Exelby dilaporkan baru sahaja pulang dari satu tugasan di Syria yang akan disiarkan saluran TRT World.
Ini bukan kali pertama Exelby terlibat dalam kontroversi seumpama ini. Beberapa tahun lalu, dia pernah dikritik apabila ketawa ketika menyampaikan berita tentang sebuah tunjuk perasaan yang mengakibatkan banyak kematian di Brazil.
Madiha Abdullah
Tue Apr 11 2017
Exelby tetap akan menjalankan tugasan-tugasan lain seperti yang dikehendaki pengurusan saluran terbabit.
Penemuan mayat lelaki di sungai, polis klasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dipercayai warga asing di sungai berdekatan dengan sebuah stesen minyak di Paroi, di sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh.
Pembinaan terminal baharu LTSIP fasa dua dilaksanakan serta-merta - Nik Nazmi
Pembinaan terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa dua akan dilaksanakan serta-merta, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
UTP raih kedudukan teratas di Malaysia, ASEAN dua tahun berturut-turut
Universiti Teknologi Petronas (UTP) meraikan kejayaan bersejarah buat tahun kedua berturut-turut apabila meraih tempat teratas sebagai universiti nombor satu di Malaysia.
AWANI Ringkas: Cuaca panas luar biasa dijangka berlarutan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon
Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor Jeneral Kepulauan Solomon David Vunagi.
"Ahli Parlimen nak bantah kenaikan gaji? 'Humban' dia dalam PRU akan datang" - Anwar
Anwar berkata pihak yang melontarkan kritikan mengenai cadangan kenaikan gaji penjawat awam tidak sepatutnya bersikap angkuh.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkembangan letupan Gunung Ruang, tindakan seterusnya?
Bersama ditalian, Susan Margaret, Ketua Biro Kompas TV Manado.
Pembantu kedai telefon mengaku tidak bersalah sebabkan kematian OKU
Lim Guan Yan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.
COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.
American Idol kembali bersiaran, pertama kali dari lokasi pentas berbeza
Kesemua 20 peserta bakal beraksi dari lokasi pentas yang berbeza sambil dinilai para juri secara dalam talian.
'Dia cakap saya dah cukup manis, minum air mineral je tak payah ABC'
Menerusi salah sebuah entri, Sheila berkongsi foto ketika menikmati Air Batu Campur (ABC) bersama suaminya itu.
Pelanggan bantu viral ABC Kelapo jadi 'trademark' Kuala Pilah
Suhaimi Mohd Nor, 39 tahun, anak jati Kuala Pilah, mula membuka kedai yang diberi nama 'Kedai Laksa Utara', di sebelah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd Samad (SMKDAS), Tanjung Ipoh, pada 2010.
Selepas teruk dikritik, ABC mohon maaf adegan pengganas Hindu dalam 'Quantico'
Plot berkaitan aktiviti pengganas itu mencetuskan kemarahan terhadap aktres Bollywood, Priyanka Chopra, yang memainkan watak utama dalam siri itu.
62 pengamal media, bomba berjaya cipta sejarah ke Annapurna Base Camp
Misi Cabaran Annapurna Base Camp 2017 itu juga melakar sejarah sebagai kumpulan terbesar melibatkan peserta dalam kalangan rakyat Malaysia.
Penyampai berita 'berangan' semasa ke udara digantung tugas
Natasha Exelby, penyampai di saluran AB24 di Australia, dilihat sedang bermain dengan pen dan terkejut apabila menyedari dia sedang on-air.
Dokumentari '4Corners' sahkan pendirian Najib selama ini
Dokumentari itu mengesahkan siasatan terperinci pelbagai pihak berkuasa bahawa dana yang diterima Perdana Menteri adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Lelaki Iraq dirakam tawar pasport/visa suaka di KL
Perbuatannya itu terdedah dalam program siasatan Four Corners terbitan ABC yang menunjukkan perbuatan penyeludup manusia menjual dokumen perjalanan hingga pada harga A$16,000 setiap satu.
Barbara Walters berhenti mengacara
Selepas 37 tahun bersama dengan saluran ABC News, Barbara Walters yang popular dengan program The View membuat keputusan untuk berhenti mengacara.