Satu serangan siber dipercayai menggunakan peralatan perisikan Agensi Keselamatan Amerika Syarikat, telah menjejaskan rangkaian internet di seluruh dunia sehingga menyebabkan agensi penghantaran FedEx lumpuh, mengganggu sistem pemfailan hospital di Britain dan kerosakan sistem komputer di 100 buah negara, pada Jumaat.
Mangsa diperdayakan dengan diminta membuka lampiran yang mempunyai perisisan berbentuk virus, atau diperdaya untuk membuka kandungan emel yang kononnya surat tawaran pekerjaan, invois dan pelbagai lagi fail yang tampak munasabah, lapor Reuters.
Perisian itu kemudiannya mengkodkan data di dalam komputer terbabit, dan meminta bayaran antara AS$300 hingga AS$600 untuk mendapatkan kembali akses.
Penyelidik pembuat perisian keselamatan Avast mengenal pasti 57,000 ‘jangkitan’ di 99 buah negara, dengan Russia, Ukraine dan Taiwan menjadi sasaran utama.
Di Britain, serangan itu menyebabkan hospital dan klinik tidak dapat menerima pesakit kerana sistem komputer tidak dapat diakses.
Syarikat penghantaran FedEx pula dilaporkan sedang dalam proses pemulihan selepas sistem Windows mereka juga dicerobohi.
Pengurus Penyelidik pembuat perisian Symantec, Vikram Thakur memaklumkan, hanya terdapat sebilangan kecil organisasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang menerima kesannya. Ini kerana penggodam dilihat lebih mensasarkan organisasi di Eropah.
“Ketika virus itu menyerang sistem di AS, penapis spam telah dapat mengenal pasti serangan itu dan bertindak balas,” kata Thakur.
Jabatan Keselamatan AS pada Jumaat memaklumkan mereka tahu tentang kewujudan virus berkenaan, dan berkongsi semua informasi dengan pihak terbabit selain bersedia memberi bantuan teknikal.
Microsoft dilaporkan telah memulakan proses kemas kini secara automatik untuk membantu pengguna melawan serangan virus tersebut.
Agensi
Sat May 13 2017
Perisian berbentuk virus itu kemudiannya mengkodkan data di dalam komputer terbabit, dan meminta bayaran antara AS$300 hingga AS$600 untuk mendapatkan kembali akses. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Kaspersky dedahkan 'StripedFly', perisisan hasad canggih yang berkebolehan mengintip
Perisian hasad, yang pada mulanya disalahklasifikasikan sebagai pelombong mata wang kripto, telah menyelinap di seluruh dunia sejak 2017.
Malaysia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara untuk serangan malware pada 2022
Rantau Asia Tenggara menyaksikan sejumlah 207,506 serangan perisian hasad mudah alih berjaya dihalang oleh penyelesaian Kaspersky.
Nak Zoom ke tak nak Zoom? Selamatkah duit saya dalam bank?
Jangkitan virus di komputer sama seperti jangkitan COVID-19 kepada manusia, semua bergantung kepada sikap seseorang itu sendiri.
Awas! Serangan siber berpotensi serang syarikat anda
Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) mengeluarkan amaran mengenai potensi serangan siber ke atas infrastruktur yang mensasarkan syarikat atau organisasi di Malaysia.
5 tip elak jadi mangsa penggodam, kecurian identiti
Pastikan semua anda mengemaskini semua perkhidmatan atas talian seperti perbankan dan media sosial sebagai langkah awal mengelak jadi mangsa kecurian identiti.
Awas! Malaysia paling terdedah kes penipuan internet
Pengguna Internet Malaysia lebih terdedah kepada penipuan dalam talian berbanding negara lain di rantau ini.
Penyerang siber guna peralatan perisikan AS, sistem perisian di 100 negara lumpuh
Microsoft dilaporkan telah memulakan proses kemas kini secara automatik untuk membantu pengguna melawan serangan virus tersebut.
SKMM siasat 154 kes penyalahgunaan internet dari Januari hingga September
Sebanyak 154 kes penyalahgunaan Internet dan media baharu disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dari Januari hingga September tahun ini mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Siber: Malaysia di kedudukan ke-25 dalam penyebaran perisian hasad
Hasil penyelidikan mendapati serangan siber itu disebabkan oleh komputer hos yang seterusnya akan melumpuhkan sistem komputer.