PHUKET: Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky (GReAT) telah menemukan StripedFly, perisian hasad yang sangat canggih dengan rangka kerja perubahan cecacing rangkaian pelbagai fungsi.
Perisian hasad, yang pada mulanya disalahklasifikasikan sebagai pelombong mata wang kripto, telah menyelinap di seluruh dunia sejak 2017, menjejaskan lebih sejuta pengguna sehingga kini.
Penyelidik Keselamatan Utama GReAT, Sergey Lozhkin berkata pada 2022, GReAT Kaspersky menemukan dua pengesanan yang tidak dijangka dalam proses Wininit.exe -- prosesan sistem dalam sistem pengendalian Microsoft Windows, dicetuskan oleh jujukan kod yang sebelum ini diperhatikan dalam persamaan perisian hasad.
"Selepas menjalankan pemeriksaan komprehensif terhadap isu itu, didapati pelombong mata wang kripto hanyalah komponen entiti yang lebih besar - rangka kerja berniat jahat yang kompleks, berbilang platform, berbilang pemalam.
"Muatan perisian hasad merangkumi berbilang modul, membolehkan ia bertindak sebagai ancaman berterusan lanjutan (APT), sebagai pelombong kripto, dan juga sebagai kumpulan perisian tebusan, yang berpotensi mengembangkan motifnya daripada keuntungan kewangan kepada pengintipan," katanya pada Sidang Kemuncak Penganalisis Keselamatan Kaspersky (SAS) 2023, di sini hari ini.
Menurut Lozhkin, penyerang di sebalik operasi ini telah memperoleh keupayaan yang luas untuk mengintip mangsa secara rahsia.
"Perisian hasad mendapatkan bukti pencapaian setiap dua jam, mencuri data sensitif seperti bukti log masuk dan WIFI, bersama-sama dengan data peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, syarikat dan jawatan pekerjaan.
"Tambahan pula, perisian hasad boleh mendapatkan tangkap layar pada peranti mangsa tanpa dikesan, mendapatkan kawalan ke atas peralatan, malah merakam input daripada mikrofon," tambahnya.
Lozhkin menyatakan usaha yang digunakan dalam mencipta rangka kerja itu benar-benar luar biasa, dan pendedahannya agak menakjubkan.
"Keupayaan 'pengancam' untuk menyesuaikan diri dan berkembang merupakan cabaran yang berterusan, itulah sebabnya sangat penting bagi kami sebagai penyelidik untuk terus mendedikasikan usaha kami mendedahkan dan menyebarkan ancaman siber yang canggih, dan bagi pelanggan pula ialah untuk tidak melupakan perlindungan komprehensif," katanya.
SAS 2023 Kaspersky menampilkan barisan penceramah terkemuka yang menyelidiki isu-isu keselamatan siber yang paling berkaitan, daripada rantaian bekalan kepada perisian jenayah dan kempen APT.
Diadakan dari 25-28 Okt, sidang kemuncak itu bertujuan menangani isu dan inovasi yang paling mendesak dalam keselamatan siber -- cabaran dan penyelesaian dalam mendigitalkan perlindungan tradisional dan penerokaan sejenis algoritma kecerdasan buatan (AI) yang menggunakan teknik pembelajaran mendalam serta set data yang sangat besar dalam memerangi pancingan data.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Karspersky mendedahkan StripedFly, perisian hasad yang sangat canggih dengan rangka kerja perubahan cecacing rangkaian pelbagai fungsi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber - Kaspersky
Serangan siber itu amat membimbangkan ketika Malaysia terus melabur dengan banyak dalam infrastruktur pusat data.
Kaspersky dedah perincian terkini kempen penggodaman ke atas peranti iOS
Pada Jun 2023, Kaspersky menemui kempen ancaman berterusan (APT) lanjutan yang menyasarkan peranti iOS.
Kaspersky dedahkan 'StripedFly', perisisan hasad canggih yang berkebolehan mengintip
Perisian hasad, yang pada mulanya disalahklasifikasikan sebagai pelombong mata wang kripto, telah menyelinap di seluruh dunia sejak 2017.
Malaysia menduduki tempat kedua di Asia Tenggara untuk serangan malware pada 2022
Rantau Asia Tenggara menyaksikan sejumlah 207,506 serangan perisian hasad mudah alih berjaya dihalang oleh penyelesaian Kaspersky.
Cyberjaya jadi tuan rumah kepada Pusat Transparensi Kaspersky
Dapat kerjasama CyberSecurity Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta pakar-pakar keselamatan siber kebangsaan.