Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman dan Putera Mahkota, Mohammed Salman bertemu dengan keluarga wartawan terkenal, Jamal Khashoggi di Riyadh, pada Selasa.

Media tempatan melaporkan raja dan putera mahkota Saudi itu mengadakan pertemuan dengan Salah dan Sahel yang merupakan anak Khashoggi di Istana Diraja.

Raja Salman dan Putera Mohammed turut mengucapkan takziah kepada keluarga kolumnis The Washington Post itu.

Pengkritik lantang Putera Mahkota berusia 59 tahun itu dibunuh ketika beliau berkunjung ke Konsulat Saudi di Istanbul untuk menguruskan dokumen perkahwinannya pada 2 Oktober lalu.

BACA: Imej terakhir Jamal Khashoggi disiar

BACA: Jamal Khashoggi dicekik hingga mati?

Selepas dua minggu Riyadh menafikan kematian Khashoggi, kerajaan Saudi akhirnya mengesahkan beliau terbunuh dalam satu insiden pergaduhan, namun Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mendakwa pembunuhan itu telah dirancang lebih awal.

Khashoggi yang merupakan penduduk Amerika Syarikat (AS) hidup dalam buangan di Virginia sejak 2017 tidak lama selepas Putera Mohammed ditabalkan sebagai pewaris takhta kerajaan Saudi. - Agensi

BACA: Pembunuhan Jamal Khashoggi satu kezaliman - Dr Mahathir

VIDEO: CNN lapor mayat Jamal Khashoggi dikerat kepada beberapa bahagian