Tutup

Berita  | Dunia

Rakaman kejadian pesawat Ukraine ditembak jatuh Iran tular

Rakaman kejadian pesawat Ukraine ditembak jatuh Iran tular
Rakaman berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh pengguna laman Twitter @IranianPatriot itu menjadi tular di laman sosial Twitter apabila ia mendapat perhatian warganet, terutamanya warga Iran. -Foto Twitter / @IranianPatriot
SEBUAH rakaman video kejadian pesawat yang jatuh terhempas dipercayai pesawat penumpang milik Ukraine yang meragut 176 nyawa, tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 45 saat yang dimuat naik oleh pengguna laman Twitter @IranianPatriot itu menjadi tular di laman sosial Twitter apabila ia mendapat perhatian warganet, terutamanya warga Iran.

Rakaman berkenaan memaparkan sebuah objek besar dengan api yang marak menjunam secara perlahan ke bumi dan akhirnya terhempas hingga menyebabkan letupan besar.


Menurut laporan portal berita abc.net.au, pegawai keselamatan tertinggi Ukraine mendakwa bahawa siasatan mendapati peluru berpandu telah disasarkan di bahagian bawah kokpit pesawat Ukraine Airlines penerbangan Boeing 737-800 itu dari darat, dan ia sekali gus membunuh juruterbang serta-merta.

Setiausaha Pertahanan dan Keselamatan Negara Ukraine, Oleksiy Danilov berkata beberapa imej dan video yang diambil di tempat kejadian oleh pegawai penyiasat Ukraine di Iran menguatkan lagi teori kemalangan berkenaan.

"Ia telah disasarkan di bahagian kokpit dari bawah. Kami fikir ini adalah bukti dan punca nahas," kata Danilov kepada BBC, sambil merujuk kepada foto kokpit yang diterbalikkan oleh penyiasat Ukraine.

Malah, terdapat beberapa imej menunjukkan terdapatnya serpihan peluru berpandu yang dipercayai menjadi punca pesawat malang berkenaan terhempas.

“Kami percaya ia adalah serpihan peluru berpandu.

“Segala penemuan telah dikumpulkan sebelum kerajaan Iran mengaku bertanggungjawab dalam insiden tembak jatuh pesawat penumpang berkenaan.

"Sebaik sahaja kerajaan Iran memberikan kami akses kepada barang-barang ini, pakar kami diarah membuat kemaskini setiap jam mengenai apa yang berlaku dan kami berhasil mengumpulkan maklumat dengan cepat serta menrungkai apa yang berlaku," katanya.


Tambah Danilov, pihaknya tidak boleh mendedahkan kesemua butiran kepada orang ramai dan siasatan masih perlu dijalankan secara terperinci.

"Kita tidak boleh membuat pengumuman (bukti) secara terbuka dan kita masih perlu bekerja keras di sana.

"Iran adalah negara yang sangat ketat dan seperti yang anda tahu, kami bimbang mereka boleh menghantar pulang pakar kami kembali.

"Saya fikir Iran mula memahami bahawa mereka tidak mempunyai pilihan (tetapi mengakui kesalahan untuk kemalangan itu).

BACA: Iran akhirnya mengaku tembak jatuh pesawat malang Ukraine

BACA: 
Presiden Ukraine tuntut permohonan maaf rasmi dari Iran

"Walaupun mereka cuba menghalang, kami sudah cukup (bukti) untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa apa yang sebenarnya berlaku di sini," katanya.

Terdahulu, sebelum pesawat berkenaan disahkan ditembak jatuh, kerajaan Iran menyatakan punca kemalangan berkenaan mungkin disebabkan oleh kesilapan teknikal menjadi faktor juruterbang hilang kawalan.

Beberapa hari kemudiannya, negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mula mendapat maklumat mengenai kes itu.

BACA: Tertembak pesawat: Pengakuan Iran satu tindakan bijak - Pakar

B
ACA: 
'Khamenei pembunuh!' - Protes di Iran desak pemimpin tertinggi letak jawatan


Tag: nahas, pesawat, penerbangan, terhempas, tembak, letupan, siasatan, media sosial, kemalangan, Boeing, video, Twitter, Ukraine, Iran, Amerika Syarikat, keselamatan, laman sosial



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.