Sokongan rakyat Singapura terhadap penduduk Gaza yang kini sedang berdepan serangan ganas tentera rejim Zionis dilaporkan semakin meningkat biarpun kenyataan rasmi kerajaan republik itu dilihat agak memihak kepada Israel.
Sebuah laman Facebook yang diberi nama Singaporeans Stand With Palestine yang dibuka pada 2010 mencatatkan peningkatan sehingga 10,000 pendukung yang baru minggu ini saja, lapor Yahoo! News.
Kementerian Luar Singapura dalam satu kenyataan pada Khamis menyuarakan kebimbangannya terhadap keganasan yang meningkat dan meminta "serangan roket ke atas Israel mesti dihentikan serta merta."
Kenyataan itu juga menyeru Israel untuk "sedaya upaya menahan diri' bagi mengelakkan korban nyawa yang tidak berdosa.
"Semua pihak mesti segera mencari jalan untuk mengendurkan keadaan, berusaha ke arah gencatan senjata dan memastikan keselamatan semua orang awam," kata kenyataan itu seperti disiarkan oleh The Straits Times.
Kenyataan rasmi republik itu dipersoalkan oleh sesetengah rakyatnya sendiri serta warga Malaysia dan Indonesia di jaringan media sosial. Mereka mempertikaikan kenapa Singapura tidak meminta Israel menghentikan serangan ke atas Gaza.
Beberapa pengguna jaringan Facebook juga memuat naik rakaman imej daripada siaran berita televisyen di saluran Suria yang melaporkan kenyataan Kementerian Luar itu.
Mereka mempersoalkan nada kenyataan tersebut. Komen-komen mereka jelas membayangkan rasa kurang senang dengan gaya laporan saluran televisyen berbahasa Melayu itu.
Singapura mempunyai hubungan diplomatik serta jalinan kerjasama perdagangan dan ketenteraan dengan Israel.
Agensi
Fri Jul 11 2014
Serangan di Gaza yang telah meragut nyawa lebih 100 orang setakat ini - Foto AFP
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh Israel di Gaza.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Serangan udara di Rafah menyebabkan kerosakan pada khemah, namun jumlah kemalangan nyawa masih belum dapat disahkan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
AS siasat pencabulan hak asasi manusia oleh Israel
Antony Blinken mengesahkan AS sedang dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh tentera Israel di Gaza.