Rakaman video memaparkan seorang kanak-kanak di Kabupaten Sampang, Jawa Timur menunggang motosikal mini ditahan polis telah menjadi tular di media sosial

Budak lelaki bernama Restu, 5, turut membawa rakannya yang tidak memakai topi keledar ketika mereka diarah berhenti oleh anggota polis di Jalan Trunojoyo, Sampang pada Rabu lalu.

"Restu memberitahu dia mahu ke rumah sepupunya. Ketika pihak berkuasa mahu merampas motosikal mininya, kanak-kanak itu terus menangis," kata jurucakap polis, Musa Bachtiar.

Dia kemudiannya dihantar pulang ke rumah keluarganya di Jalan Diponegoro.

"Kebetulan keluarga budak itu sedang mencarinya kerana biasanya dia hanya menunggang motosikal tersebut di halaman rumahnya. Kami telah meminta agar keluarga kanak-kanak itu mengawasinya," ujarnya lagi. - Kompas.com