Sejumlah 30 mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan salji di kawasan pergunungan di tengah Itali susulan beberapa siri gempa bumi kuat pada Rabu.
Ketua Jabatan Perlindungan Awam Itali, Fabrizio Curcio dipetik oleh Reuters sebagai berkata kira-kira 30 orang dilaporkan hilang, antaranya tetamu dan pekerja di Hotel Rigopiano di Farindola.
Namun, menurut beberapa pegawai lain, masih terlalu awal untuk mengesahkan jika ada mangsa yang terkorban.
Operasi menyelamat terhalang oleh salji tebal sehingga lima meter yang melanda banjaran gunung Gran Sasso di tengah wilayah Abruzzo baru-baru ini.
"Kami telah menghantar unit penyelamat dengan helikopter dan mereka sudah mula menggali," kata jurucakap pasukan bomba Luca Cari.
Media Itali sebelum ini melaporkan sejumlah besar mayat mangsa yang terkorban dijumpai di dalam hotel itu.
Walau bagaimanapun pegawai terlibat menafikan laporan itu.
Agensi
Thu Jan 19 2017
Sejumlah 30 mangsa dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan salji di kawasan pergunungan di tengah Itali susulan beberapa siri gempa bumi kuat pada Rabu. -
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Runtuhan salji benam hotel di Itali, 30 dikhuatiri tertimbus
Namun, menurut beberapa pegawai lain, masih terlalu awal untuk mengesahkan jika ada mangsa yang terkorban.