KUALA LUMPUR: Pengenalan Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu daripada alternatif institusi itu untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Berhad, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, KWSP merencanakan suatu agihan tepat dengan mengambil kira Akaun 1 atau Akaun Persaraan (AP) masih lagi mewakili kadar terbesar dalam hierarki akaun ahlinya.
"Ini bererti lebih daripada dua per tiga simpanan KWSP di dalam Akaun 3 akan memberi banyak ruang kepada pencarum untuk menggunakan simpanan mereka bagi apa-apa tujuan atau kecemasan," katanya kepada Bernama pada Khamis.
KWSP hari ini mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei dengan memperkenalkan Akaun Fleksibel bagi keperluan kewangan jangka pendek.
KWSP dalam kenyataan memaklumkan inisiatif itu bertujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli apabila bermula tarikh tersebut semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula daripada dua akaun sebelum ini iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga akaun.
Mohd Afzanizam menasihatkan kepada pencarum KWSP untuk melakukan perancangan teliti sebelum membuat keputusan untuk pengeluaran dengan mengambil kira faktor pengganda dalam simpanan mereka.
"Ini adalah kerana apabila mereka mengeluarkan wang tersebut, ahli akan kehilangan faktor pengganda atau compounding factor dalam simpanan mereka di KWSP. KWSP dilihat sentiasa mengumumkan kadar dividen yang kompetitif dan compounding factor ini akan mempercepatkan pertumbuhan simpanan pencarum sekiranya mereka kekal menyimpan di institusi tersebut," katanya.
Selain itu, Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Roshaiza Taha berkata, pelaksanaan Akaun 3 tersebut turut menguntungkan golongan M40 dan T20.
"Kita tahu sebahagian pendapatan golongan M40 dan T20 lebih tinggi. Sebagai contoh, dia punya pendapatan adalah RM10,000 dan dia punya caruman KWSP sebanyak 11 peratus, bersamaan RM1,100 dan berkemungkinan dia ada RM165 (di dalam Akaun 3). Bagi golongan B40 nilai akan jadi lebih rendah sekitar RM70 atau RM30," katanya.
Menurutnya, jika mereka yang berada dalam golongan B40 tidak cakna kewangan, berkemungkinan akan berdepan masalah pada tabung persaraan masa akan datang.
"Kerajaan perlu memainkan peranan untuk mendidik pencarum dalam menyalurkan sebahagian kecil pendapatan mereka kepada liquid investment (pelaburan mudah cair) kerana mereka masih lagi perlu dilindungi pada masa hadapan.
"Melihat keadaan semasa, saya tahu bahawa keupayaan rakyat Malaysia untuk meneruskan kelangsungan hidup sangat susah sehingga ada yang mengikat perut untuk makan. Akan tetapi, pencarum tetap perlu cakna mengenai keperluan dan kehendak mereka," katanya.
Sementara itu, Puteri Amila Amdan, 30, akauntan di sebuat syarikat perkapalan berkata, kewujudan Akaun 3 oleh KWSP itu bukan satu keperluan buatnya kerana dia masih berpegang bahawa simpanan di institusi tersebut adalah untuk kegunaan ketika hari tua.
"Saya berpendapat sekiranya terdapat sebarang kecemasan dan masih boleh diusahakan tanpa keluarkan duit daripada KWSP, itu adalah lebih baik kerana semua maklum wang KWSP merupakan simpanan hari tua. Kita pun tidak tahu masih boleh bekerja atau tidak pada waktu itu nanti," katanya.
Muhd Aidil Imran Nasri, 26, berkata, langkah dilaksanakan oleh KWSP itu sangat membantu pencarum yang berhadapan dengan kecemasan kerana wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada 2020 mengakibatkan rakyat hilang pekerjaan dan berhadapan dengan masalah kewangan. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Mohd Afzanizam menasihatkan pencarum KWSP untuk melakukan perancangan teliti sebelum membuat keputusan untuk pengeluaran dengan mengambil kira faktor pengganda dalam simpanan mereka. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP cecah RM10.78 bilion - MOF
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM10.78 bilion setakat 30 Sept, 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.