TURKI dikejutkan dengan satu insiden letupan bom yang menggegarkan pusat bersejarah Sultanahmet.

Ia merupakan destinasi popular pelancong yang turut menempatkan dua mercutanda ikonik iaitu Masjid Biru dan Hagia Sophia.

Pasukan keselamatan dan anggota perubatan kini berada di tempat kejadian.


Istanbul


Berikut adalah apa yang diketahui setakat ini (waktu Malaysia):

5.39 petang: Pejabat Gabenor mengesahkan kejadian ini telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan menyebabkan lebih 15 orang cedera.

"Siasatan tentang punca letupan, jenis letupan dan pelaku sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Dogan.

5.17pm: AFP melaporkan berdasarkan laporan saksi, insiden letupan boleh didengari di daerah berhampiran.

Media tempatan melaporkan beberapa orang cedera namun tidak memberi maklumat lebih mengenai jumlah yang terkorban atau cedera.

Pada Oktober tahun lepas, 86 maut manakala 150 lagi cedera susulan dua letupan bom di Ankara.

Pihak berkuasa Turki percaya, serangan yang didalangi pengganas itu menjadikan lokasi rapat umum sebagai sasaran.

BACA: Malaysia kutuk keras serangan bom di Ankara - Najib

BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden serangan bom di Ankara