SIAPA sangka era keterbukaan dunia setelah robohnya Tembok Berlin tiga dekad dahulu kian malap, diganti semangat nasionalis yang mengutamakan agenda sempit, tamak, pentingkan diri, hilang semangat perkongsian serata mahupun penyebaran kemakmuran sejagat.

Di Eropah sepanjang minggu lalu, pelbagai acara sambutan diadakan sebagai pembuka tirai bagi menyambut tarikh keramat 9 November yang jatuh pada hari Sabtu.

Walaupun sambutan memperingati peristiwa robohnya tembok Berlin kali ke-30 berlangsung di Berlin, Jerman, tetapi tumpuan ramai permerhati diarahkan ke Amerika Syarikat.

Penduduk Berlin menghantar mesej bernada senda gurau sebagai satu peringatan bagaimana Trump bertekad mahu membina tembok di sempadan AS-Mexico.

'Hadiah Hari Natal' awal yang diberi kepada Donald Trump berbentuk sebahagian serpihan Tembok Berlin seberat 2.7 tan!

Mari kita lihat kembali rentetan kewujudan dan keruntuhan Tembok Berlin:
Selain daripada tembok AS-Mexico, rakyat Palestin juga menjadi mangsa kepungan haram yang dikenakan Israel.

Kewujudan kedua-dua tembok kepungan ini mempunyai satu persamaan – galakkan dan anjuran berpunca Donald Trump!