Tentera Yaman, yang disokong oleh pejuang sekutu dari Jawatankuasa Popular dilapor melancarkan serangan udara terhadap sasaran ekonomi strategik di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia sebagai tindak balas terhadap serangan tentera pakatan yang diketuai Arab Saudi.

Sumber ketenteraan Yaman memberitahu bahawa tentera Yaman dan sekutu mereka menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dengan menggunakan dron Sammad-3 (Invincible-3) pada petang Isnin.

Pada 26 Julai lalu, pasukan tentera Yaman dan pejuang Jawatankuasa Popular menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi menggunakan jenis serangan sama.

Arab Saudi dan sekutunya telah melancarkan kempen ketenteraan terhadap Yaman pada bulan Mac 2015, dengan tujuan untuk mengembalikan kuasa kepada bekas presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi dan menghancurkan pergerakan Houthi. - Agensi