SEKURANG-kurangnya tiga orang terkorban selepas sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di Interstate 55 di pusat Illinois, Amerika Syarikat dalam kejadian pada Selasa pagi.

Menurut pegawai polis negeri Illinois, Mindy Carroll, pesawat Cessna 172 yang mempunyai satu enjin itu terhempas sekitar pukul 8.49 pagi waktu tempatan.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan kesemua identiti mangsa yang terkorban.

Susulan insiden tersebut, beberapa kawasan di interstate yang menghubungkan laluan ke Chicago dan St. Louis ditutup buat sementara waktu.

Punca kejadian masih dalam siasatan.