"Kita tidak harus bercakap banyak kerana ada banyak kerja yang harus dilakukan," - itulah prinsip Presiden Joko Widodo yang sentiasa meringkaskan ucapannya dalam sebarang majlis mahupun ketika memberi sidang media.
Kini, prinsip yang sama harus diamalkan oleh semua pihak apabila kerajaan telah mengeluarkan arahan mengenakan had waktu untuk berucap dalam sesuatu majlis iaitu selama tujuh minit sahaja.
Media-media tempatan memetik, arahan presiden itu dikeluarkan secara rasmi melalui Surat Edaran Nombor B.750/Seskab/Polhukam/12/2016 yang menyebut para menteri hanya boleh berucap paling lama tujuh minit dan isi ucapannya hendaklah seperti memberi kuliah tujuh minit.
Setiausaha Kabinet, Pramono Anung dipetik sebagai berkata, Joko tidak suka ucapan yang meleret panjang dan setiap ucapan haruslah terus menyampaikan maksudnya sahaja.
"Selain itu, jika pada acara yang dihadiri oleh Presiden Joko Widodo, sebaiknya pemimpin lembaga atau menteri hanya melaporkan apa yang harus disampaikan saja, jangan bersyarah di hadapan presiden," katanya.
Beliau berkata, surat edaran itu juga turut ditujukan kepada semua pemimpin dan ketua jabatan, Pejabat Peguam Negara, Panglima Tentera Nasional Indonesia dan Ketua Polis Republik Indonesia.
Pramono berkata dalam masa tujuh minit itu, mereka dikehendaki menyampaikan perkara pokok atau maksud sesuatu aktiviti yang dilaksanakan itu.
Menteri Koordinator Politik, Hukum, dan Keamanan Wiranto pula dipetik sebagai berkata, beliau sangat bersetuju dengan arahan itu kerana ucapan menteri dan ketua jabatan haruslah ringkas dan padat.
Katanya, jika sesuatu ucapan itu tidak mempunyai had masa, seseorang menteri mungkin akan berucap lebih panjang daripada presiden sehingga waktu majlis itu menjadi berjam-jam lamanya. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 21 2017
Setiausaha Kabinet Indonesia, Pramono Anung dipetik berkata, Joko (gambar) tidak suka ucapan yang meleret panjang dan setiap ucapan haruslah terus menyampaikan maksudnya sahaja. - Gambar fail
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Ucapan menteri di Indonesia dihadkan tidak lebih dari tujuh minit
Kini, prinsip yang sama harus diamalkan oleh semua pihak apabila kerajaan telah mengeluarkan arahan mengenakan had waktu untuk berucap dalam sesuatu majlis iaitu selama tujuh minit sahaja.