ANDA mungkin ada pengikut tegar di media sosial tetapi adakah perhatian yang diberi kepada anda mampu menjana pendapatan?
Ryan Kaji – anak pasangan ibu berbangsa Vietnam dan bapa Jepun dari Cypress, Texas, Amerika; baru berumur lapan tahun tetapi kini dinobat individu paling tinggi pendapatan di saluran YouTube bagi tahun 2019.
Tanpa membanting tulang atau memeras kepala, Ryan terkenal dengan aksi video membuka pakej berisi permainan.
Saluran YouTube yang diberi nama Ryan Toys Review diwujudkan oleh ibunya Loan Kaji – nama sebenar Nguyen Thi Kieu-Loan, bekas guru sains pada 2015.
Pada awal kewujudan, Ryan Toys Review hanya memaparkan aksi Ryan membuka kotak mainan, dilengkapkan dengan komen berserta latar belakang muzik.
Amat menakjubkan, memandangkan ada video Ryan Toys Review yang menarik satu billion tontonan.
Ryan Toys Review sekarang dikenali sebagai Ryan’s World; wujud sebagai saluran kanak-kanak dengan 23 juta pelanggan.
Pengaruh Ryan menarik perhatian Badan Perdagangan Amerika (US Federal Trade Commission – FTC) ekoran pengakuan ada jenama yang membayar untuk muncul di Ryan Toys Review.
Setakat ini belum ada laporan FTC sudah mengambil tindakan ekoran aduan yang dibuat badan pengawasan pengguna Truth in Advertising.
Badan pengawasan itu mendesak agar pengunjung saluran berkenaan perlu diberi kesedaran bahawa barangan permainan yang dimuatkan dalam saluran Ryan Toys Review itu adalah kandungan berbayar.
Ini memandangkan pengunjung laman Youtube Ryan itu kebanyakannya dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.
Pengikut yang ramai dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa Ryan yang kini menggunakan populariti anak mereka untuk mewujudkan produk dan jenama sampingan (spin-off).
Ini termasuk usaha penerbitan, permainan sampingan makanan segera, video pendidikan, kelengkapan bilik tidur kanak kanak dan tidak ketinggalan – permainan video kanak-kanak.
Majalah Forbes menganggarkan keluarga Ryan meraih hampir AS$22 juta setahun melalui usaha penjenamaan dan pemasaran hasil populariti Ryan’s World.
Razak Chik
Thu Dec 19 2019
Ryan Toys Review sekarang dikenali sebagai Ryans World; wujud sebagai saluran kanak-kanak dengan 23 juta pelanggan. - Youtube / @Ryan's World
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Umur baru lapan, YouTube laman permainan, Ryan kini jutawan
Ryan Kaji muncul terima bayaran tertinggi melalui saluran YouTube hanya dengan membuka bungkusan permainan.