awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City

Dagang News
Dagang News
26/04/2024
09:30 MYT
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
BCorp menafikan Vincent menyertai rundingan untuk memulihkan Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion) dengan membina kasino. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan pengasasnya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menyertai rundingan untuk memulihkan Forest City bernilai AS$100 bilion (RM477.60 bilion) dengan membina kasino seperti yang dilaporkan baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, BCorp berkata artikel itu mengandungi maklumat tidak tepat yang menuduh penglibatan konglomerat itu dalam perbincangan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek Forest City.
“Kami ingin menjelaskan bahawa Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak mengambil bahagian dalam sebarang perbincangan sedemikian, dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dibentangkan dalam artikel itu,” katanya.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media yang mendakwa bahawa kerajaan kononnya dalam perbincangan awal untuk mengeluarkan lesen kasino di Forest City, Johor.
“Tiada…mereka bangkit (berkenaan) lesen kasino…itu tipu,” katanya kepada media pada majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri.
Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mempertimbangkan pengeluarkan lesen kasino kedua untuk pembangunan di Forest City.
Bloomberg dalam laporan 25 April 2024, mendakwa Kerajaan Malaysia `sedang dalam perbincangan awal' dengan taikun mengenai pembukaan kasino di Forest City, memetik sumber sebagai usaha memulihkan projek hartanah bernilai AS$100 bilion (RM478.35 bilion). - Dagang News
Topic Berkaitan
#Vincent Tan
#resort kasino
#Berjaya
#Forest City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan