Adele sah bercerai dengan Simon Konecki

Adele sah bercerai dengan Simon Konecki
Adele mengesahkan dia telah berpisah dengan suaminya Simon Konecki (kanan).
PENYANYI sensasi Adele mengesahkan dia telah berpisah dengan suaminya Simon Konecki.

Perkara itu dimaklumkan kepada media dalam satu kenyataan pada Jumaat, lapor Mirror UK.

"Adele dan suaminya telah berpisah.
"Mereka komited untuk membesarkan anak mereka bersama dengan penuh kasih sayang. Seperti biasa, mereka mohon agar tidak diganggu."

Adele, 30, berkahwin secara rahsia dengan usahawan amal berusia 45 tahun itu pada tahun 2016 selepas lima tahun berpacaran.

Perkahwinan Adele dan Konecki hanya diketahui apabila penyanyi itu mengumumkannya ketika menerima anugerah pada Grammys 2017.

Adele yang terkenal dengan album 19, 21 dan 25, ialah antara artis terlaris di dunia dan banyak memenangi anugerah.

Adele mempunyai seorang anak, Angelo, berusia tujuh tahun.