awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?

Agensi
Agensi
30/01/2022
05:34 MYT
Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?
Siri konsert bertajuk "Weekends With Adele" sepatutnya bermula pada Jumaat lalu di The Colosseum. - Instagram@adele
GENAP seminggu Adele mengumumkan penangguhan konsert residensi di Las Vegas, banyak perkara masih kabur.
Siri konsert bertajuk "Weekends With Adele" sepatutnya bermula pada Jumaat lalu di The Colosseum di Caesars' Palace dan akan berlangsung sehingga 16 April.
Sumber memberitahu CNN, biarpun Caesars mengeluarkan kenyataan menyokong keputusan pemenang anugerah Grammy itu menangguhkan konsert, namun, situasi di sebalik tabir "huru-hara."
"Yang tinggal kini ialah bilik hotel yang kosong, pelanggan yang marah dan ramai kakitangan tambahan," kata sumber itu.
Setakat Khamis, syarikat itu tidak belum memberikan maklumat mengenai tarikh baharu siri konsert berkenaan.
BACA: Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas
Sementara itu, bintang country, Keith Urban mengambil beberapa slot tarikh Adele dan akan mengadakan lima persembahan tambahan di The Colosseum di Caesars Palace dari 25 Mac hingga 2 April.
"Caesars sedang mencari artis untuk mengambil alih tarikh Adele, tetapi jadual kebanyakan artis sudah penuh. Hampir mustahil untuk mencari bintang besar mengisi kekosongan pada saat-saat akhir," tambah sumber itu.
Caesars Entertainment enggan mengulas tentang pengganti yang berpotensi bagi bulan Februari dan awal Mac.
Adele sebelum ini menangguhkan konsert berkenaan susulan kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan kru konsert dan menegaskan mereka sudah cuba semua yang termampu untuk meneruskan konsert itu.
Topic Berkaitan
#Adele
#Las Vegas
#konsert
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan