GOLONGAN selebriti ke acara gilang gemilang seperti anugerah MTV Video Music Awards pastinya akan membuat persiapan rapi dari hujung rambut hingga ke hujung kaki agar boleh tampil glamor.

Lain pula dengan penyanyi R&B Alicia Keys yang membuat kemunculan karpet merah di anugerah MTV VMA tanpa secalit solekan.

Pada tahun ini, Keys memang dikenali untuk menghadiri majlis tanpa solekan dan mengerakkan kempen hashtag #NoMakeUp di media sosial.

BACA: Penampilan #NoMakeUp Alicia Keys

Namun beliau menjelaskan bahawa walaupun tampil tanpa solekan, ia tidak bermakna beliau menentang solekan.

Katanya, ini semua merupakan pilihan peribadi.


Ternyata, penampilan Keys di MTV VMA mendapat pujian ramai netizen.






Keys sebelum ini turut tampil tanpa solekan ke acara BET Awards 2016.

Pada Mei, penyanyi tersebut menulis sebuah artikel yang diterbitkan dalam portal Lenny menyatakan beliau tidak mahu lagi bersembunyi di sebalik solekan.

Katanya, jurugambar Paola Kudacki, yang menggalakkan beliau untuk beraksi tanpa solekan.