SANTESH yang popular dengan lagu Amalina kini tampil dengan video muzik terbaru, Mymuna.

Video muzik ini menceritakan kehidupan Santesh yang terpaksa menjalani hidup sebagai bapa tunggal setelah isterinya Amalina, dipanggil mengadap Ilahi ketika melahirkan anaknya, Mymuna.

Setelah kematian Amalina, Santesh seterusnya menjalinkan hubungan mesra dengan seorang wanita lain dan akhirnya mereka berkahwin.

Video ini tidak berakhir di situ sahaja tetapi dipercayai ada sekuel yang melibatkan roh Amalina bakal kembali menghantui isteri baharu Santesh.

Video yang berdurasi hampir 10 minit itu sudah mencatatkan hampir 1.5 juta tontonan di YouTube.