Aznil tempelak Ellen DeGeneres sebab...

Aznil tempelak Ellen DeGeneres sebab...
Aznil Nawawi mengulas komen Ellen yang meminta pengikutnya memboikot hotel milik Sultan Brunei - Gambar Instagram/@aznilnawawihm/theellenshow
KUALA LUMPUR: "Itu negara dia, suka hatilah dia nak buat apa," komen pengacara terkenal Malaysia, Datuk Aznil Nawawi di entri yang dimuat naik oleh Ellen DeGeneres di Instagramnya.

Komen yang dimuat naik oleh, Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil itu kerana Ellen meminta agar semua masyarakat memboikot hotel hak milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam komen berkenaan juga Aznil menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak yang mengganggu undang-undang negara lain.

Komen Aznil pada entri yang dimuatnaik oleh Ellen
Entri tersebut juga telah mendatangkan rasa tidak puas hati ramai pihak kerana Ellen mengajak semua masyarakat untuk memboikot hotel milik Sultan Brunei.

Entri yang dimuatnaik mendatangkan ketidakpuasan hati pengikut islam

Peminat merasakan tindakan Ellen yang mempunyai 69.8 juta pengikut di Instagram dilihat sebagai tidak wajar, kerana dia merupakan orang yang sangat dikenali dan mampu mempengaruh masyarakat.

Kerajaan Brunei akan meneruskan hasrat untuk melaksanakan hukuman sebat atau rejam sampai mati terhadap beberapa kesalahan termasuk homoseks, zina dan rogol.

Brunei dilaporkan akan melaksanakan kedua-dua hukuman itu bermula hari ini (3 April).

Selain Ellen, selebriti antarabangsa lain seperti George Clooney dan Elton John turut menggesa masyarakat dunia memboikot rangkaian hotel milik Sultan Hassanal Bolkiah.


BACA: George Clooney gesa hotel Sultan Brunei diboikot

BACA: PBB bidas Brunei laksana hukuman hudud

BACA: Hudud: Brunei laksana hukuman rejam sampai mati April ini?