awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran sehingga RM2.7 juta jika ingin Lisa BLACKPINK jadi bintang iklan

Agensi
Agensi
16/01/2020
00:34 MYT
Bayaran sehingga RM2.7 juta jika ingin Lisa BLACKPINK jadi bintang iklan
Lisa merupakan artis K-pop yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram iaitu seramai 28.5 juta. -Gambar fail
SEBUT sahaja BLACKPINK, pastinya ramai dapat membayangkan kumpulan yang dianggotai empat gadis jelita yang menjadi fenomena dalam dunia K-pop ketika ini.
Kumpulan yang dianggotai Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose ini begitu popular sehingga ramai yang tergila-gilakan mereka.
Namun, satu ahli kumpulan K-pop ini sering mendapat perhatian netizen -- Lisa, satu-satunya ahli yang berasal dari Thailand.
Lihat sahaja pengikutnya di akaun Instagram. Seusia 23 tahun, Lisa merupakan artis K-pop yang mempunyai pengikut paling ramai di Instagram iaitu seramai 28.5 juta, sekali gus mengalahkan jumlah pengikut bagi akaun BTS atau Bangtan Boys.
Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.
Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.
Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:
5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara
10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama
15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem
20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk
Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa menghadiri acara atau ingin menjadikannya bintang iklan.
Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa menghadiri acara atau ingin menjadikannya bintang iklan.
Namun, jika benar, tidak hairanlah kerana wanita yang dikenali oleh seluruh dunia itu pastinya mempunyai nilai yang tinggi di pasaran industri hiburan.
BACA: Lisa Blackpink bantu mangsa banjir Thailand
BACA: Blinks berang Lisa Blackpink jadi mangsa imaginasi lucah
Topic Berkaitan
#hiburan
#Instagram
#K-pop
#Lisa BLACKPINK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan