awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAS siasat kejadian ikan mati di Sungai Tekai
Rani Kulup ditidurkan di zon merah HUKM
Penceramah bebas dijel 10 hari gagal lunas hutang kahwin RM120,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bella, saya minta maaf kerana beri Aliff pegang tangan - Afifah Nasir

Gempak
Gempak
07/08/2017
08:17 MYT
Bella, saya minta maaf kerana beri Aliff pegang tangan - Afifah Nasir
AFIFAH: "Saya akui itu salah saya dan bagi saya, Bella tidak bersalah dalam hal ini kerana saya memahami keadaan dan situasi yang dilalui Bella pada ketika itu."
Pelakon baru Afifah Nasir memohon maaf kepada isteri Aliff Aziz, Bella Astillah kerana memberi peluang kepada aktor tersebut untuk memegang tangannya. "Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella kerana memberikan peluang untuk suaminya memegang tangan saya di sebuah pusat karaoke. "Dalam kejadian itu, dia memegang tangan saya dan saya mengakui kesalahan saya sebab membenarkannya.

"Saya akui itu salah saya dan bagi saya, Bella tidak bersalah dalam hal ini kerana saya memahami keadaan dan situasi yang dilalui Bella pada ketika itu. "Namun begitu, saya ingin mengambil kesempatan untuk menjernihkan keadaan setelah pihak sana memberikan penjelasan mereka berhubung kontroversi yang telah terjadi," kata Afifah dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi. MESTI BACA: Dua malam paling gelap dalam hidup saya - Cerita Aliff dalam lokap MESTI BACA: Isu meroyan: "Maafkan atas keterlanjuran" - Anzalna Nasir MESTI BACA: Tuduh saya meroyan itu kasar dan tidak patut - Bella Astillah Terdahulu, sidang media itu dimulakan dengan sesi memperdengarkan rakaman perbualan yang membabitkan antara Anzalna dan seorang krew produksi drama lakonan Aliff dan Afifah. Rakaman tersebut mendedahkan keadaan sebenar yang terjadi antara Afifah dan Aliff. Bagaimanapun, rakaman perbualan tersebut hanya diperdengarkan kepada pihak media.

Afifah enggan rakaman tersebut didedahkan kepada orang ramai kerana ia melibatkan orang ketiga. Dalam sidang media tersebut, Afifah ditemani oleh peguam, Sana Tufil Ahmad, kakaknya, aktres Mia Nasir, kekasihnya, Wan Ariff Wan Azhar dan pelakon Alana Amir. Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Afifah Nasir
#Aliff Aziz
#Anzalna Nasir
#Bella Astillah
#perkahwinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan