PENYANYI Black Hanifah mendedahkan dirinya kini aktif berkongsi pengalaman dengan golongan belia menerusi ceramah motivasi anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM).
Mendekatkan diri dengan generasi belia Felda dan menyertai jelajah beberapa sekolah sekitar Felda, Black menganggap peluang sebagai satu cara untuknya berbakti kepada masyarakat.
"Baru-baru ini, saya dilantik sebagai duta MBM dan antara peranan saya adalah untuk memberikan ceramah motivasi kepada mereka.
"Saya menggunakan peluang untuk mendekati golongan belia Felda bagi menaikkan semangat mereka agar sentiasa gigih berusaha untuk maju ke hadapan," katanya.
Black ditemui di majlis kenduri durian anjuran restoran Teh Tarik Place cawangan Setapak Central baru-baru ini.
Hadir sama ialah Tomok, Shahir Zawawi dan Fahrulrazi Kassim, Pengarah Cuisine Inspire Sdn Bhd yang merupakan pemilik Teh Tarik Place cawangan Setapak Central.
Tambah pelantun lagu Sofea Jane ini, dia menyumbang dengan berkongsi pengalaman sepanjang berada dalam bidang seni sebagai penyanyi untuk memberi lebih galakan kepada mereka.
"Saya beri suntikan semangat kepada generasi ini dengan bercerita mengenai pengalaman yang saya kutip sepanjang bergelar anak seni.
"Saya ceritakan kepada mereka, industri hiburan yang saya ceburi juga boleh menjana pendapatan jika kena dengan caranya.
"Saya yakin ramai belia Felda mempunyai bakat tersendiri yang boleh diketengahkan dalam industri hiburan kita tetapi mereka tidak tahu cara yang betul untuk mengembangkannya.
"Saya berkongsi cerita serba sedikit mengenai pengalaman saya sebagai suntikan semangat untuk mereka mula mencari jalan untuk melangkah ke hadapan," katanya lagi.
Gempak
Thu Jul 19 2018
Black berkata dia berkongsi cerita serba sedikit mengenai pengalamannya sebagai suntikan semangat untuk mereka yang sedang mencari jalan untuk melangkah ke hadapan. Foto Instagram Black
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Black Hanifah kongsi pengalaman menerusi ceramah motivasi
Mendekatkan diri dengan generasi belia Felda dan menyertai jelajah beberapa sekolah sekitar Felda, Black menganggap peluang sebagai satu cara untuknya berbakti kepada masyarakat.
Maklumat autisme boleh dilayari di laman web MIND
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Isnin melancarkan laman web Malaysian Information Network on Disabilities (MIND).