Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Blackpink pecah lima Rekod Dunia Guinness dengan 'How You Like That'

Blackpink pecah lima Rekod Dunia Guinness dengan 'How You Like That'
Lagu 'How You Like That' merupakan lagu single pertama kumpulan sejak lagu 'Kill This Love' pada tahun lalu. - YouTube\ Blackpink
HA, how you like that?

Kumpulan sensasi K-Pop sekali lagi memecah rekod dunia lagu terbaharu mereka How You Like That!

Video muzik (MV) kuartet tersebut memecah tiga Rekod Dunia Guinness dengan merekodkan 86.3 juta tontonan dalam masa 24 jam, menurut laman Guinness World Record pada Selasa.

Dengan jumlah tontonan yang dicapai pada hari pertama MV tersebut dikeluarkan, How You Like That telah memecah rekod:
- Video YouTube paling banyak ditonton dalam 24 jam
- MV yang paling banyak ditonton di laman YouTube dalam 24 jam
- MV oleh kumpulan K-Pop yang paling banyak ditonton dalam 24 jam


BACA: Baru 4 jam dilancar, 'How You Like That' daripada Blackpink raih 20 juta tontonan
Jumlah tontonan pada MV tersebut mengatasi pemegang rekod sebelum ini iaitu BTS dengan musik video Boy With Luv yang turut menampilkan penyanyi Amerika Syarikat, Halsey.

BACA: Ini 7 perkara yang anda perlu tahu mengenai obsesi baharu anda, BLACKPINK!

Video tayangan perdana secara berasingan pula mencatatkan 1.66 juta tontonan serentak dan juga memecah dua lagi rekod Guinness iaitu video tayangan perdana di YouTube yang mendapat jumlah tontonan yang paling tinggi dan tayangan perdana MV di YouTube yang mendapat jumlah tontonan paling tinggi.



Sebelum ini, rekod untuk video YouTube yang paling banyak ditonton dalam 24 jam pernah dipegang oleh Thank you, next’ oleh Ariana Grande (55.4 juta tontonan), Look What You Made Me Do oleh Taylor Swift (43.2 juta tontonan) dan juga Blackpink sendiri yang memegang rekod dengan Kill This Love (56.7 juta tontonan).

Lagu How You Like That merupakan lagu single pertama kumpulan sejak lagu Kill This Love pada tahun lalu.

Blackpink merupakan kumpulan K-Pop yang berada di bawah naungan YG Entertainment dan membuat debut pada 2016 serta mempunyai empat ahli iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa.


Tag: BLACKPINK, How You Like That, Guinness World Record, video muzik, MV, Jisoo, Jennie, Rose, Lisa, BTS



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.