PENYANYI Hafiz Suip akui mengambil kelas vokal sebagai persiapannya untuk Konsert 5 Divo akan berlangsung pada 13 Februari depan.
Menurut Hafiz, dia bukanlah seorang yang sempurna dan masih lagi memerlukan bimbingan untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.
“Untuk konsert ini saya kembali belajar vokal dengan Cikgu Shafi untuk memperbetulkan teknik nyanyian.
“Tambahan pula saya akan berdepan dengan Hazama, Judika, Afgan dan Taufik Batisah di mana mereka boleh dikatakan antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik.
“Siapalah saya jika nak dibandingkan dengan mereka, oleh itu saya ambil inisiatif untuk masuk kelas vokal sebagai langkah persediaan.
“Lagipun tak salah untuk terus belajar, sekurang-kurangnya dapat memperbaiki kelemahan dan juga teknik vokal dengan betul,” katanya kepada Astro Gempak, baru-baru ini.
Hafiz juga turut memberitahu walaupun agak gementar untuk berkongsi pentas bersama Judika, Afgan dan Taufik namun peluang keemasan seperti ini tidak akan disia-siakan.
“Ini merupakan pengalaman baru dan saya juga berterima kasih kepada pihak penganjur kerana beri peluang dan meletakkan kepercayaan kepada saya untuk turut serta dalam konsert 5 Divo.
“Konsert ini juga agak berlainan kerana kami akan menyanyikan lagu artis yang terlibat dan bukannya lagu sendiri.
“Ia juga merupakan cabaran besar buat diri saya kerana jika menyanyikan lagu sendiri kita sudah tahu selok-belok lagu itu. Tetapi kalau menyanyi lagu orang, kita harus belajar dan mendalami lagu tersebut terlebih dahulu.
“Bukan senang untuk berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan mereka. Saya sendiri teruja dan tak dapat nak bayangkan apa yang akan terjadi sewaktu konsert itu berlangsung.” ujarnya.
Konsert 5 Divo bakal menyaksikan gabungan penyanyi terkenal tiga buah negara iaitu Hafiz (Malaysia), Hazama (Malaysia), Afgan (Indonesia), Judika (Indonesia) dan Taufik Batisah (Singapura) membuat persembahan di bawah pimpinan pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
Konsert anjuran syarikat Laugh Out Loud Entertainment yang mendapat kerjasama daripada Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia itu akan berlangsung pada 13 Februari 2016.
Tiket telah pun dijual pada 28 Disember 2015 dan boleh dibeli menerusi www.ticketpro.com.my.
Harga-harga tiket yang ditawarkan adalah RM 1188, RM988, RM888, RM588, RM388, RM188 dan RM128. - Teks Oleh: Mya Amri
Gempak
Fri Jan 08 2016
Konsert 5 Divo bakal menyaksikan gabungan penyanyi terkenal tiga buah negara iaitu Hafiz (Malaysia), Hazama (Malaysia), Afgan (Indonesia), Judika (Indonesia) dan Taufik Batisah (Singapura). - Gambar Astro Gempak
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Demi konsert 5 Divo, Hafiz Suip ambil kelas vokal
Penyanyi Hafiz Suip akui mengambil kelas vokal sebagai persiapannya untuk Konsert 5 Divo akan berlangsung pada 13 Februari depan.