Produser filem penuh kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, 55, kembali dengan status jandanya apabila suaminya, Mohd Eddie Ghazali, 46, yang juga pemain bass CRK telah melafazkan cerai dengan talak satu ke atas dirinya.

Lafaz cerai itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur kira-kira jam 3.08 petang tadi.

Baik Raja Azmi mahupun Eddie, kedua-duanya telah melahirkan rasa kesyukuran kerana proses perceraian mereka itu berjalan dengan lancarnya.

Eddie sah ceraikan Raja Azmi dengan talak satu - Foto Astro Gempak
"Baik saya mahu pun Eddie, kami reda dan berfikiran terbuka dengan perceraian kami ini.

"Apa yang penting, kami dapat bertindak secara profesional. Dan, selepas ini, biarpun kami bukan lagi pasangan suami isteri, namun kami akan terus bersahabat sampai bila-bila pun," katanya seperti yang dilapor portal Murai.

Terdahulu, Raja Azmi pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara iaitu Mohd Jalani Sidek.