awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan

FFM28: Selepas umum tarik diri, Mohd Noor Kassim hasrat pulangkan trofi FFM

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
06/08/2016
11:59 MYT
FFM28: Selepas umum tarik diri, Mohd Noor Kassim hasrat pulangkan trofi FFM
Mohd Noor sebelum ini pernah dicalonkan sebanyak tujuh kali dan memenangi dua anugerah daripada FFM bagi kategori Sinematografi Terbaik melalui filem Setem (2009) dan Hikayat Merong Mahawangsa (2011). -Foto ASTRO AWANI/MARIAH AHMAD
Selepas mengumum menarik diri daripada pencalonan Festival Filem Malaysia (FFM) pada Jumaat, Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim hari ini berkata akan mengembalikan semula dua trofi FFM yang dimenanginya sebelum ini, sebagai manifestasi penentangan terhadap festival tersebut.
"Kalau penganjur Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) dan PFM (Persatuan Penerbit Filem Malaysia) tidak mengambil berat hal ini sebelum festival dan masih meneruskan dengan pengasingan filem bahasa Malaysia dan bahasa bukan Malaysia, saya semestinya akan memulangkan kedua-dua anugerah yang saya pernah menang di FFM sebelum ini.
"Saya akan pulangkan hari Isnin ini pada program bersama Finas. Saya akan pulangkan kedua-duanya sekali," jelasnya dalam satu temu bual eksklusif bersama Astro AWANI, di sini, pada Sabtu.
Mohd Noor sebelum ini pernah dicalonkan sebanyak tujuh kali dan memenangi dua anugerah daripada FFM bagi kategori Sinematografi Terbaik melalui filem Setem (2009) dan Hikayat Merong Mahawangsa (2011).
Dua trofi Festival Filem Malaysia yang pernah dimenangi oleh Pengarah Sinematografi Mohd Nor Kassim pada tahun 2009 dan 2011. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Dua trofi Festival Filem Malaysia yang pernah dimenangi oleh Pengarah Sinematografi Mohd Nor Kassim pada tahun 2009 dan 2011. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
“
Apa yang saya buat ini adalah untuk bukan untuk diri saya sendiri, tapi untuk negara dan generasi seterusnya.
”
- MOHD NOOR KASSIM, Pengarah Sinematografi
Beliau bertindak menarik diri daripada pencalonan untuk anugerah itu setelah menyifatkan majlis penganugerahan kali ini bersifat "rasis".
Ini kerana pencalonan bagi anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Terbaik dalam penganjuran kali ini buat kali pertamanya dibahagikan kepada dua iaitu 'Filem Dalam Bahasa Malaysia' dan 'Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia'.
Jelas Mohd Nor, tindakan beliau adalah demi kepentingan industri seni tanah air.
BACA: FFM: Tiada beza filem Bahasa Malaysia atau Bukan Bahasa Malaysia - KP Finas
BACA: FFM28: Pembahagian kategori utama mengikut bahasa dipalit kontroversi
"Bagi saya, kita tidak perlu ada pengasingan bagi kategori filem Bahasa Malaysia dan filem bukan Bahasa Malaysia.
"Jadi bagi saya, jika kita mahu ke arah satu Malaysia dan terus ke peringkat global, kenapa kita mahu melakukan pengasingan?" soal Mohd Noor.
VIDEO: Mohd Noor Kassim akan pulang semula trofi FFM
Ketika ditanya adakah pemenang lain akan memulangkan semula trofi sebagai manifestasi penentangan terhadap festival tersebut, ini jawapan beliau: “Setakat ini tiada lagilah. Saya cuma berharap, siapa-siapa yang berasa diri mereka adalah seorang pengkarya dan menyifatkan perkara ini bukan untuk (kepentingan) individu, namun untuk negara, saya harap mereka ikut saya.
“Namun saya tidak memaksa. Apa yang saya buat ini bukan untuk diri saya sendiri, tapi untuk negara dan generasi seterusnya.
“Kenapa kita ada sekolah filem kalau masih lagi kita takut dengan isu-isu yang lebih besar? Kenapa kita masih duduk dalam kelompok yang memikirkan wang untuk membikin filem? Kalau kita fikirkan sesuatu yang bagus, duit akan datang juga,” tambahnya.
VIDEO: Pengarah Sinematografi Mohd Noor Kassim tarik diri
Topic Berkaitan
#Festival Filem Malaysia
#FFM
#kontroversi festival filem malaysia
#mohd nor kassim
#pulang semula trofi ffm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.