Pelakon popular, Nora Danish ingin mengurangkan aktiviti lakonannya untuk memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan.
Menurut Nora, 36, dia tidak mahu lagi menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya utama seperti yang dilakukan selama ini.
"Selepas ini saya ingin memberi fokus sepenuhnya kepada perniagaan yang telah dijalankan beberapa tahun lalu.
"Jika saya berlakon pun ia hanya dijadikan sebagai hobi sahaja dan tidak serius seperti lima tahun lalu.
"Jika boleh tahun ini saya nak berlakon dalam sebuah drama bersiri kerana ia perlu untuk kekalkan nama saya dalam industri.
"Tambahan pula saya ada perniagaan jadi saya tak boleh berhenti terus," katanya kepada Astro Gempak.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, di GSC Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain Nora, filem SYTD 2 turut dibintangi oleh Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah dan Reza Rahadian.
Filem arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Februari lalu.
Gempak
Thu Feb 23 2017
Pelakon popular, Nora Danish ingin mengurangkan aktiviti lakonannya untuk memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan. - Gambar Astro GEMPAK
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
'Selepas hampir 10 tahun, sukar untuk saya' - Fedi Nuril
Pelakon terkenal Indonesia, Fedi Nuril mengakui sukar untuknya menghidupkan watak Fahri dalam filem Ayat Ayat Cinta 2.
Cipta nama di Indonesia, Bront Palare belum terfikir berhijrah
Bront mahu terus berkongsi bakat dengan peminat di tanah air sendiri, dan berbakti kepada industri seni tempatan.
Fokus kepada perniagaan, Nora Danish kurangkan berlakon
Pelakon popular, Nora Danish ingin mengurangkan aktiviti lakonannya untuk memberi fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan.