DISNEY telah bersetuju dengan perjanjian AS$52.4 billion bagi membeli aset filem dan TV dari 21st Century Fox, lapor Sky News pada Khamis.

Jualan itu termasuk 39 peratus saham Fox dalam Sky, pemilik Sky News.

Perjanjian itu bakal menyatukan studio filem 20th Century Fox yang menerbitkan filem box office seperti Avatar dan Ice Age bersama aset filem Disney termasuk Pixar, Marvel dan siri Star Wars dari LucasFilm.

Juga termasuk dalam perjanjian itu ialah rangkaian televisyen Fox termasuk FX, National Geographic Channel dan Star TV India.

Aset lain yang berubah tangan termasuk 30 per kepentingan Fox dalam perkhidmatan penstriman AS, Hulu, yang mana Disney juga merupakan salah seorang pemegang saham.

Bagaimanapun, berita dan rangkaian sukan Fox Amerika Syarikat akan diberikan kepada para pemegang saham yang sedia ada.

Perjanjian itu, yang dibayar dalam stok Disney, mungkin akan berada di bawah pengawasan pengawal selia di AS, di mana akaun Disney dan Fox bersama-sama menyumbang dua dalam setiap lima tiket sinema yang dijual.

Di UK, Fox telah cuba untuk membeli sepenuhnya kawalan Sky News bagi tahun lalu.

Perjanjian Disney itu akan membuka jalan dalam mengambilalih penyiar Eropah yang berpangkalan di UK.

Percubaan Fox untuk mengambilalih Sky sedang disiasat oleh Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran.