awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia sekat 59 laman web kandungan cetak rompak

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2017
10:29 MYT
Australia sekat 59 laman web kandungan cetak rompak
Perintah mahkamah ini dikeluarkan sempena kempen anti-cetak rompak oleh Creative Content Australia pada Jumaat. - Gambar fail
MAHKAMAH Persekutuan di Australia telah mengarahkan 59 laman web kandungan cetak rompak di Australia disekat susulan kes-kes mahkamah yang melibatkan beberapa studio filem Australia dan Hollywood.
Menurut Brisbane Times, Village Roadshow iaitu sebuah studio filem Australia yang disokong oleh Warner Bros, Paramount, Universal, Disney dan 21st Century Fox bersama penyedia TV berbayar Australia, Foxtel telah melancarkan 'perang' perundangan terhadap laman web kandungan cetak rompak.
Dalam kes pertama yang melibatkan Village Roadshow, mahkamah mengarahkan penyedia perkhidmatan internet Australia untuk menyekat 42 laman web kandungan cetak rompak.
Menurut laporan berita itu, Village Roadshow mendakwa laman web tersebut telah melanggar hak cipta melibatkan 13 siri filem dan TV.
Antara seri yang terlibat termasuk The Lego Movie, Kingsman: The Secret Service dan The Big Bang Theory.
Ketua Eksekutif Bersama Roadshow Village Graham Burke berkata bahawa hari ini "satu hari yang hebat buat Australia."
"Tidak ada alasan untuk laman web cetak rompak lagi kerana filem kini boleh ditonton di masa yang sesuai (mengikut kehendak penonton) dan harganya murah atau serupa."
Dalam kes berasingan melibatkan Foxtel, 17 lagi laman web telah diperintahkan untuk disekat.
Perintah mahkamah ini dikeluarkan sempena kempen anti-cetak rompak oleh Creative Content Australia yang diketuai pelakon Bryan Brown pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#21st Century Fox
#Disney
#Paramount
#Universal
#Village Roadshow
#Warner Bros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan