Penyanyi dan penulis lagu Greyson Chance suatu ketika dahulu sangat popular selepas satu videonya yang menyanyikan semula lagu Lady Gaga berjudul 'Paparazzi' menjadi viral sejak ia dimuat naik di Youtube pada 28 April 2010.

Hanya berusia 14 tahun ketika itu, video tersebut menunjukkan Greyson yang sedang membuat persembahan pertunjukan bakat dalam sebuah festival muzik.

Video tersebut telah mendapat lebih 55 juta tontonan setakat November 2015.

Popularitinya mula melonjak apabila beliau membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi dalam program televisyen The Ellen DeGeneres Show, pada 12 Mei 2010.

Rancangan itu kemudiannya diterbitkan pada keesokan harinya untuk tontonan rakyat Amerika Syarikat.

Greyson Chance menyanyikan semula lagu Lady Gaga berjudul 'Paparazi' pada 28 April, 2010. - Sumber Yotube greyson97

Greyson juga pernah menyanyikan lagu duet bersama penyanyi Malaysia, Najwa Latif, sewaktu acara Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18) pada November 2011 lalu.

Dia juga pernah menjayakan Konsert Greyson Chance Live in Malaysia di beberapa negeri pada tahun berikutnya, selain membuat persembahan sulung dalam sebuah acara khas di Kuching, Sarawak.

First Instagram post! Just landed in Kuching. These shows are gonna be great. #truthbetold #overseas

A photo posted by Greyson Chance (@greysonchance) on

Gambar Instagram pertama daripada Greyson Chance yang menunjukkan beliau tiba di Kuching untuk membuat persembahan sulungnya di negeri Bumi Kenyalang itu pada 2012.

Selepas beberapa tahun mendiamkan diri dalam industri hiburan, di manakah Greyson ketika ini?

Khamis lalu Greyson yang kini berusia 18 tahun kembali membuat kemunculan di program TV The Ellen DeGeneres Show.

Kemunculannya itu sememangnya mengejutkan, memandang dia dilihat telah mengalami beberapa perubahan yang drastik sejak lima tahun lalu.

Dalam program bual bicara bersama hos terkenal, Ellen DeGeneres, remaja yang kini mempunyai ketinggian kira-kira 185cm itu meluahkan rasa kesyukurannya kerana dapat kembali membuat kemunculan semula dalam rancangan tersebut.

Greyson juga telah melancarkan single terbaru daripada albumnya 'Afterlife' pada 29 Oktober baru-baru ini.


Greyson Chance menyanyikan lagunya Afterlife secara langsung di Henson Studios, Los Angeles, Amerika Syarikat. - Sumber Yotube greyson97

Berikut antara gambar-gambar 'transformasi' Greyson yang boleh dilihat di akaun Instagram peribadinya.

It was so awesome to have met @samsmithworld today! Big humbling experience for me.

A photo posted by Greyson Chance (@greysonchance) on


Don't tell me in my sleep, don't tell me in my dreams, don't tell me what you see. Afterlife

A photo posted by Greyson Chance (@greysonchance) on



My single 'Afterlife' is coming out 10/29

A photo posted by Greyson Chance (@greysonchance) on