PERALIHAN kuasa yang berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 10 Mei lalu secara tidak langsung memberi kesan buat seluruh rakyat Malaysia.
Bahkan setiap hari ada sahaja pendedahan demi pendedahan yang dilakukan.
Ini termasuklah pendedahan mengenai dunia media yang dibuat oleh isteri kepada bekas pembaca berita TV3, Saiful Nizam Ismail, iaitu Khairul Noormaaidah Zali atau Aida.
Aida yang merupakan juara program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009, membuka mulut mengenai perletakan jawatan suaminya yang dibuat pada tahun 2015 di Instagram dan menyifatkan “Media Itu Bersifat Dimiliki”.
Saiful Nizam yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan isterinya itu, namun menyifatkan ia sebagai salah satu tindakan seorang isteri solehah mempertahankan suaminya.
"No comment. Bagi saya, seorang isteri solehah hanya akan mempertahankan suaminya tatkala suaminya dikecam dan dihina tanpa tahu hujung pangkal," ujarnya.
Saiful Nizam, 36, mengambil keputusan meninggalkan kerjaya itu secara rasmi dengan stesen TV itu pada tahun 2015.
Saiful yang lahir daripada program Malaysian Top Host seangkatan dengan Nurul Syuhada Nurul Ain kini selesa menjalankan perniagaannya sendiri.
Tambah Saiful, dia berharap netizen berhenti mengecam rakan seperjuangan kerana mereka semua juga hanya menjalankan tugas.
"Cukuplah orang ramai, jangan hanya tahu kecam TV3, kecam kawan-kawan saya kerana semuanya hanya menjalankan tugas.
"Kesian kawan-kawan saya sebab tindakan saya (berhenti kerja) atas dasar peribadi, bukan atas dasar politik," tegasnya.
Sebelum ini, Aida menerusi posting di Instagram mendedahkan dia pada mulanya enggan ambil pusing dengan apa yang diperkatakan orang, namun dia juga menerima tempias apabila ada yang memerlinya walaupun kesalahan ingin ditujukan kepada Saiful.
Malah dia sendiri berasa menyampah melihat mimik muka suaminya ketika membaca berita dan berpendapat orang lain yang menonton juga begitu.
"Suami saya pernah menangis ketika pulang ke rumah setelah selesai menyampaikan berita berkaitan Tun Mahathir serta Proton.
"Ketika itu katanya, sudah tiba masanya mendapatkan rujukan daripada Ustaz mengenai sesuatu berita yang tidak tahu kesahihan berita tersebut dan tindakan itu dianggap menyebarkan fitnah.
"Setelah diteliti, suami putuskan untuk berhenti serta merta dan percaya rezeki ada di mana-mana dan melihat bahawa keputusan yang diambil adalah sangat tepat," ceritanya.
Sinar Harian
Sat May 19 2018
Saiful Nizam dan Aida. Foto Sinar Harian
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Isteri hanya pertahan suami yang dikecam, dihina'
Aida membuka mulut mengenai perletakan jawatan suaminya yang dibuat pada tahun 2015 di Instagram dan menyifatkan 'Media Itu Bersifat Dimiliki'.