awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan penuh pusingan-U di KM9.5 kedua-dua arah Besraya mulai esok
Penduduk asing merangkumi 9.5 peratus golongan 20-an di Jepun
KPM tumpu dua fokus utama pada sesi persekolahan 2026 - Fadhlina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau tak suka boleh block kami..." - Fad Bocey nafi meratapi pemergian Abam

Gempak
Gempak
17/02/2020
04:00 MYT
"Kalau tak suka boleh block kami..." - Fad Bocey nafi meratapi pemergian Abam
Pemergian Abam meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi ahli keluarga dan sahabat karibnya, Fad dan Achey.
PELAWAK Fad Bocey menidakkan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan dirinya meratapi pemergian Allahyarham Abam Bocey.
Jelas Fad, dia hanya sekadar berkongsi kenangan kerana rindu dengan arwah.
"Terima kasih Cik Man, tak apa diorang ada pendapat masing-masing.
"Kami bukan merintih, bukan meratap, kami tak mintak dan tak paksa blog atau mana mana-mana media post tentang apa yang kami post.
"Kalau mereka kongsi bermaksud mereka pun rindu akan kenangan dengan Allahyarham.
"Kami kongsi kenangan dengan arwah sebab kami rindu," tulisnya.
Penjelasan itu dibuat menerusi ruangan komen Instagram (IG) milik PU Azman.
BACA: Tangisan Fad Bocey undang sebak
BACA: 'Separuh jiwa Fad hilang' - Luluh hati isteri lihat keadaan Fad kehilangan Abam
BACA: 'Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia' - Lagu nyanyian Abam buat 1 juta pendengar tersentuh
Tambah Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, dia menyeru golongan yang tidak suka dengan perbuatannya yang sering berkongsi perihal arwah untuk tidak mengikutinya lagi di media sosial.
"Kalau tak suka boleh block atau unfollow kami. Lagi elok dari dapat dosa sia-sia kan.
"Sekadar berkongsi, tiada niat marah atau benci... Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah," tulisnya lagi.
Terdahulu, PU Azman tampil menjelaskan kekeliruan netizen tentang kesedihan melampau segelintir individu selepas Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia minggu lalu.
Abam menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin akibat demam panas.
Pemergian Abam meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi ahli keluarga dan sahabat karibnya, Fad dan Achey.
Topic Berkaitan
#Abam meninggal dunia
#Fad Bocey
#Instagram
#mati
#media sosial
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan