SELEBRITI YouTube popular, Mat Luthfi, dilaporkan selamat bergelar suami pada Jumaat.

Tiada maklumat tentang siapa gadis bertuah tersebut, namun beberapa posting di Facebook menyebut si gadis bernama Naquiah dan berasal dari Ampang, Kuala Lumpur.

Laman sosial pagi ini dipenuhi dengan perkongsian berita dan foto-foto pernikahan pasangan ini yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan semalam.

Tahniah Matluthfi dan pasangan! Alhamdulillah kawan :)

Posted by Siakap Keli Press on


Selamat Pengantin Baru MatLuthfi!

Posted by Megat Abdul Wahid on


Barakallahulakuma #matluthfi dan isteri.. ☺

Posted by ZalehaBizzbukuonline on


Tahniah matluthfi hahaha !

Posted by Wan Norashikin on

Ramai yang berkongsi kegembiraan dan mengirimkan ucapan tahniah, namun tidak kurang juga yang terkejut memandangkan graduan Universiti Curtin, Perth, itu tidak pernah mendedahkan kisah peribadinya kepada umum.

Aku minat matluthfi sebab ilmu, pemikiran dan kepoyoan dia bambikai. Anyway, bijak mat pilih bini. Lawa. Sederhana....

Posted by Jaja Jannati on

Lebih melucukan apabila ada juga yang secara berjenaka menyatakan kekecewaan 'terlepas' peluang untuk merebut hati jejaka yang dikenali ramai dengan sifat humor itu.







Mat Luthfi, atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Rohime, 26, mula mencipta fenomena sejak beberapa tahun lalu apabila banyak videonya di YouTube, yang membicarakan tentang pelbagai isu semasa, menarik perhatian khalayak dengan gaya penyampaian yang bersahaja.