awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia

Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
07/05/2024
11:40 MYT
Faisal Halim mohon doa rakyat Malaysia
Faisal mengalami kelecuran tahap empat susulan simbahan asid sulfurik pekat oleh individu tidak dikenali. - Gambar fail
PENYERANG Selangor FC, Faisal Halim meminta rakyat Malaysia dapat mendoakan dirinya cepat sembuh selepas mengalami kecederaan teruk akibat disimbah asid pada Ahad lalu.
Perkara itu dikongsikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika melawat Faisal di sebuah hospital swasta di Shah Alam pada Selasa.
Menurut Shahril, beliau sempat berjumpa dengan Faisal sebelum dia menjalani pembedahan kedua pada jam 5.30 petang tadi.
"Saya sempat berjumpa dengannya. Dia (Faisal) minta doa supaya cepat sembuh dan kirim salam kepada kawan-kawan.
"Jadi, kita doakan kesembuhannya dan doakan agar pembedahan kedua petang ini berjalan lancar," katanya.
Faisal kini sedang mendapatkan rawatan rapi dan doktor juga mengesahkan dia mengalami kelecuran tahap empat susulan simbahan asid sulfurik pekat oleh individu tidak dikenali.
Pemain sayap kebangsaan itu juga dijadualkan menjalani beberapa lagi pembedahan dalam masa terdekat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Faisal Halim
#serangan asid
#motif serangan
#keadaan terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.