Teka-teki siapa yang bakal menjadi juri tetap untuk Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) akhirnya terjawab.

Kali ini ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap bagi mengadili peserta-peserta MLM2019.

Bukan Inul sahaja, malah pelakon dan juga pengacara Lisa Surihani juga dilihat kembali sekali lagi bersama keluarga MLM untuk menjadi juri tetap musim ini.

Bagi Lisa Surihani, dia sangat teruja kerana dapat kembali untuk sama-sama menyertai keluarga MLM sekali lagi.

"Rindu saya terubat untuk berada disini sekali lagi dan saya amat berbesar hati dapat bercakap dengan seorang, boleh dikatakan sebagai nadi untuk Maharaja Lawak Mega," kata Lisa.

MLM2019 dihoskan Datuk AC Mizal bersama barisan peserta MLM 2019 yang terdiri daripada dua peserta solo dari Indonesia, Rahmet dan Popon serta satu kumpulan dari Brunei, Cali.

Pelawak tempatan diserta Bocey, Zero, Rojak dan juga juara program Muzikal Lawak Superstar musim pertama, J-Born.

BACA : Maharaja Lawak Mega kembali, penyertaan pertama dari pelawak Brunei

MLM 2019 boleh diikuti secara langsung di Astro Warna, saluran 123 dan Warna HD, 124.

Malah ia boleh distrim melalui platform Astro Go dan On Demand.